SIAPA ANUBIS?

Korang suka tengok filem berkaitan Mesir purba, contohnya The Mummy?

Selalunya dalam filem begini, ada banyak nama-nama dewa disebut. Salah satunya ialah DEWA ANUBIS.

Nak cam Anubis ni, senang je. Anubis ni badan manusia, tapi kepala serigala. Watak Anubis ni memang sinonim dengan cerita Mesir purba.

Siapa Anubis ni?

Anubis merupakan salah satu dewa kuno Greek purba. Dewa ini berkait rapat dengan proses mumia dan kehidupan selepas mati dalam mitos Mesir Purba.

Mengapa?

Kerana tugas Anubia adalah mengawasi ritual pemumiaan. Ini kerana Anubis memiliki pengetahuan tentang organ dan tubuh badan manusia.

Selain itu, Anubis juga merupakan pengawal roh manusia yang telah mati. Anubis akan memerhati roh-roh manusia semasa dihitung amalan mereka dengan alat timbangan yang disebut sebagai ‘bulu kebenaran’ menggunakan neraca timbangnya.

Kalau dosa roh itu berat, dia akan dibawa ke lautan api. Kalau roh itu tergolong baik pula, Anubis akan memimpin roh tersebut menuju ke syurga. Sebab itu Dewa Anubis turut digelar sebagai ‘Eye of Horus’.

Anubis merupakan antara dewa kuno yang pernah disembah oleh bangsa Mesir purba dahulu. Masyarakat zaman itu amat menghormati Anubis kerana dianggap sebagai dewa akhirat.

Pada zaman dahulu, serigala sering merayau dan membongkar makam. Sebab itu, bangsa Mesir kuno memperincikan binaan makam dan menyembah Dewa Anubis supaya serigala tidak mengganggu kawasan kubur mereka.

Kuil Abydos Ramses II salah satu tempat pemujaan untuk Dewa Anubis. Sebab tu juga dalam makam Tutankhamun, terdapat banyak patung Anubis ditemui.