RENTUNGLAH KALAU TERKENA NI…

Korang suka makan belut? Eh, sedap tau. Tapi kalau korang berani, cubalah makan belut ni. Nama saintifiknya ‘Electrophorus electricus’. Atau bahasa mudahnya, ‘belut elektrik’. Belut ni memang special sikit. Ia ada sistem pertahanan unik yang mampu menjana arus elektrik melalui badannya apabila terancam.

 

Jangan main-main ya. Belut elektrik ini tergolong antara spesies belut yang paling berbahaya di dunia. Walaupun ia bukan haiwan pemangsa, tapi belut ni mampu membuatkan benda bernyawa cedera atau terbunuh akibat renjatan elektrik yang dihasilkan badannya.

 

Kajian mendapati arus elektrik yang dihasilkan belut ni cukup tinggi hingga mencapai ukuran 500 voltan. Fuh, seekor belut mampu hasilkan 500 voltan kuasa elektrik. Kuasa sebanyak tu perlukan tiga buah generator untuk menghasilkannya tau.

 

Oh ya, belut elektrik ni sukar ditemui. Antara kawasan yang boleh ditemui belut ini di sekitar perairan Amerika Selatan. Belut ni boleh membesar hingga 2 meter dan berat mencecah 20 kilogram.

 

Belut ini makan sumber hidupan air yang lebih kecil darinya macam serangga, ikan, udang dan ketam. Tapi kadang-kadang ia cenderung juga makan anak-anak belut yang baru menetas. Cis, ingat haruan je makan anak, belut ni pun sama rupanya.

 

Belut ni ada dua organ yang berfungsi secara automatik bila berlaku tindak balas kimia dalam badan haiwan ini. Kedua-dua organ tersebut mampu menghasilkan antara 5,000 hingga 6,000 elektro plak, sejenis bahan yang terdapat dalam sel bateri kering. Pernah direkodkan, arus elektrik yang dihasilkan belut ni telah membunuh seekor kuda.

 

Bayangkan kalau si belut ni kena kat korang? Perghhh…memang rentunglah!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!