POKOK GHARQAD PENYELAMAT YAHUDI?

Sebagaimana diketahui orang Israel sudah menebang pokok-pokok zaitun di Palestin dan menggantikannya dengan pokok gharqad. Tapi, selamatkah Yahudi dengan adanya pokok itu?

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi maka pada waktu itu(tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya; “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.” kecuali pokok gharqad(yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.” – Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi.

Hadis tentang pokok Gharqad itu bukan saja menarik perhatian Yahudi tapi juga Kristian untuk membincangkannya. Di Jordan, pernah diperdebatkan tentang hadis tersebut antara bekas menteri agama Jordan, Shaykh Ali Al-Faqir dan pensyarah Undang-undang Islam, Porfesor Khaled al-Qudha.

Menurut Khaled al-Qudha, peperangan antara tentera Islam dan Yahudi akan bermula di sungai Jordan kemudian Yahudi bersembunyi. Sebagaimana diketahui umum bahawa Yahudi hanya berani berperang di sebalik tembok dan tidak berani bersemuka. Sebab itulah hadis tersebut mengatakan bahawa pokok dan batu akan berkata-kata.

Peperangan itu tetap akan berlaku walaupun Yahudi menyembunyikan kubunya di sebalik rimbunan pokok Gharqad ataupun mendirikan rumah di tengah-tengah pokok gharqad. Peperangan itu tetap akan berlaku, itu ketentuan-Nya.

Soalnya, bagaimana pokok-pokok itu boleh berkata-kata? Adakah ia berkata-kata seperti manusia atau dengan bahasa yang tertentu?

Hal itu dijelaskan oleh Shaykh Ali al-Faqir begini, hadis itu kita boleh terima sebagai satu fakta yang benar atau pun sebagai metafora. Jika kita tidak boleh menerimanya sebagai fakta bahawa pokok dan batu akan berkata-kata, maka terima dan percaya hadis itu sebagai metafora. Asal ia sampai kepada maksud sebenarnya.

Kalau hendak diterjemahkan sebagai metafora pun boleh iaitu masanya akan tiba manusia boleh bercakap tanpa bersemuka. Teknologi akan menjadikan plastik, kayu dan batu bersuara. Bagaimana ia boleh terjadi?

Sekarang ini perkara itu pun telah berlaku. Setiap hari kita berkomunikasi menggunakan telefon bimbit, telefon tanpa wayar. Dari mana semua itu datang? Telefon diperbuat daripada plastik dan plastik dihasilkan dari petroleum. Wayar, besi dan tembaga yang terdapat di dalam telefon sumbernya dari bumi. Ada juga alat komunikasi yang diperbuat daripada kayu. Jadi adalah tidak mustahil jika batu dan kayu akan berkata-kata. Malah teknologi berkembang lebih pantas dari itu misalnya segala pergerakan dan aktiviti di wilayah Sinai boleh diketahui oleh stesen Golan. Ia tidak mustahil. Itu kalau difahami secara metaforanya.

 

Selamatkan Yahudi?

Semua batu akan bercakap kecuali pokok Gharqad. Dari hadis itu, orang Yahudi sudah mempersiapkan diri mereka untuk berhadapan dengan tentera Islam. Walaupun ia mungkin akan berlaku lambat lagi namun persiapan untuk menghadapinya sedang rancak dibuat.

Pokok Gharqad atau nama lainnya ‘Nitraria Retusa’ sedang ditanam dengan meluas di Israel dan Palestin untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian. Usaha yang dilakukan oleh Yahudi itu adalah menjadi petanda bahawa mereka juga percaya kepada kebenaran hadis Rasulullah. Mereka mengkajinya bukan untuk beriman sebaliknya mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri dan sentiasa bersedia menanti saat yang dijanjikan seperti yang disebut di dalam hadis.

Kemudian hadis itu dijawab oleh Yahudi, “kalaupun benar perkara itu berlaku tapi bukan orang Islam yang berada pada masa terdekat ini.” Yahudi sudah mengetahui bahawa orang Islam belum bersedia untuk memerangi mereka dan menang. Mereka berhujah, mungkin suatu hari nanti  masanya akan tiba apabila orang Islam itu cukup kuat untuk mengalahkan Yahudi. Masanya, apabila solat subuh orang Islam sama ramai macam solat Jumaat, ketika itulah mereka akan rasa gerun kerana orang Islam semakin kuat.

Untuk memerangi Yahudi, perlukan kekuatan bukannya dari segi ketenteraan dan senjata tetapi dari segi keimanan. Kekuatan iman umat Islam mestilah setaraf dengan para sahabat ataupun hampir sama dengan para sahabat.

Dan, salah satu cara untuk mengukur keimanan adalah dengan solat. Sebab itulah disebutkan bahawa selagi solat subuh umat Islam belum lagi seperti solat Jumaat, maka ketika itu kekuatan orang Islam belum lagi cukup untuk memerangi dan menang ke atas Yahudi. Di situ, maksudnya solat Jumaat yang kita perhatikan sekarang ini memang ramai jemaahnya tetapi tengoklah pula ketika solat Subuh, memang susah untuk mendapatkan satu saf penuh. Kalau dilihat pada keadaan sekarang memang tidak nampak tandanya lagi bahawa orang Islam itu kuat tapi ia pasti akan berlaku suatu hari nanti.

Yahudi mentafsirkan hadis secara luaran iaitu pokok gharqard yang akan menyelamatkan mereka apabila berlakunya peperangan besar. Namun adakah itu membawa makna bahawa Allah tidak menolong orang Islam yang memerangi Yahudi ketika itu?

Bukan begitu maksudnya. Pertolongan Allah sentiasa di sisi orang beriman. Nabi pun sebut bahawa semua batu dan pokok akan bercakap kecuali pokok gharqad itu saja yang degil. Memang benar pokok itu yang akan diam dan tidak menunjukkan di mana orang Yahudi berada.

Ia perlu dilihat dari sudut yang positif. Walaupun orang Yahudi tidak percaya dengan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi mereka percaya dengan hadis itu. Mereka mengambil apa saja petunjuk dari hadis Rasulullah yang boleh melindungi walaupun mereka sebenarnya tidak percaya dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Timbul pula persoalan yang dikemukakan oleh orang yang mengatakan bahawa itu satu ketidakadilan bagi orang Islam. Kenapa ketika memerangi orang Yahudi dikatakan bahawa pokok Gharqad itu akan menyelamatkannya?

Sebenarnya di sini bukan soal adil atau tidak kepada orang Islam. Ia adalah ujian kepada orang Islam. Nabi sudah gambarkan sejak awal lagi bahawa pokok gharqad itu akan menjadi tempat persembunyian Yahudi. Bahawa itu adalah satu bonus besar bagi umat Islam yang diceritakan dengan jelas.

Kita harus faham bahawa nabi sudah memberitahunya sejak awal tentang pokok gharqad maka apabila sampai masanya nanti peperangan itu berlaku maka orang Islam harus ingat apabila ternampak saja pokok gharqad maka jangan tunggu lagi, di situlah ada Yahudi bersembunyi.  Maka orang Islam tidak perlu tunggu sehingga pokok berkata-kata.

Ada satu lagi kemungkinan di sebalik hadis itu, walaupun kini pokok gharqad tumbuh subur di Israel dan Palestin tapi tidak mustahil ia akan mati. Mungkin juga kerana tanahnya tidak lagi subur atau ditebang oleh tentera Islam. Tidak semestinya apabila Yahudi sudah tanam pokok gharqad maka mereka akan selamat. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang berlaku kemudian hari.

Kalau secara faktanya, adakah benar pokok dan batu boleh berkata-kata?

Sains telah membuktikan bahawa pokok dan batu boleh berkomunikasi dengan bahasanya yang tersendiri. Malangnya manusia belum mampu mencipta peralatan yang boleh menukarkan suara batu dan pokok kepada bahasa yang difahami oleh manusia.

Mungkin suatu hari nanti apabila perkembangan sains semakin maju, ia adalah tidak mustahil. Sekarang pun sains telah berjaya membuktikan bahawa pokok dan batu boleh menghasilkan gelombang, yang mana gelombang itu boleh diterjemahkan oleh peralatan sebagai kata-kata yang diucapkan oleh pokok dan batu. Semua itu boleh berlaku dengan kehendak Allah.