MATAHARI TU KUNING KE?

Cuba tengok matahari, korang rasa ia warna apa? Kuning? Oren? Merah?

 

Majoriti orang akan berkata matahari berwarna kuning. Semasa kecil pun bila kita melukis gambar matahari, kita akan warnakan dengan warna kuning. Sebelum rahsia dalam sistem suria terungkap, penduduk bumi percaya bahawa matahari kuning dengan rona oren dan kemerahan. Benarkah begitu?

 

Dahulu, para ilmuwan juga percaya bahawa warna matahari adalah kuning, merah dan oren. Namun, ia berubah bila teleskop dicipta. Apabila alam semesta berjaya diungkap menggunakan teleskop dan penjelajahan ke angkasa, barulah ilmuwan sedar anggapan mereka selama ini salah.

 

Matahari bukanlah berwarna kuning, oren atau pun kemerah-merahan seperti sangkaan kita selama ini. Daripada kajian dan pemerhatian menggunakan peralatan canggih mendapati, warna matahari yang sebenar-benarnya adalah PUTIH, iaitu hasil gabungan dari seluruh warna.

 

Fraser Cain, penerbit Universe Today berkata, kita melihat matahari dari bumi berwarna kuning, tetapi apabila berada di luar angkasa, matahari sebenarnya putih dan bukanlah kuning.

 

Jelas Cain, dengan menggunakan prisma, kita boleh melihat bagaimana cahaya matahari dipecahkan kepada spektrum warna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Apabila semua warna itu dicampurkan bersama-sama, ia akan mendapat warna putih.

 

Salah seorang ilmuwan yang membuktikan tentang warna matahari ini ialah Sir Isaac Newton, ahli fizik terkenal. Daripada kajiannya, beliau mendapati apabila sinaran matahari memasuki ruang gelap melewati sebuah spektrum, ditemukan warna-warna pelangi tersebut. Ini bererti, dalam cahaya matahari terdapat semua warna. Dan jika spektrum cahaya tersebut disebarkan semua melalui sebuah prisma, cahaya berkenaan akan kembali menjadi cahaya putih.

 

Habis tu, kenapa kita nampak matahari memancarkan sinaran kuning, oren dan merah, bukan putih? Baca penjelasan ni…

 

Cahaya merupakan gelombang elektro magnet. Dan gelombang elektro magnetik mempunyai panjang antara 400 nm sehingga 700 nm yang boleh dilihat menerusi pandangan mata.

 

Cahaya matahari pula terdiri daripada beberapa spektrum warna yang setiap warna itu memiliki panjang gelombang yang berbeza. Sebab itu, bukan semua cahaya tampak diselerakkan dalam kadar yang sama. Semakin besar frekuensi cahaya, semakin kuat cahaya itu dihamburkan.

 

Contohnya, cahaya biru, indigo dan ungu mempunyai gelombang paling pendek. Jadi, spektrum cahayanya lebih mudah tersebar berbanding warna merah, oren dan kuning yang mempunyai gelombang lebih tinggi.

 

Selain itu, atmosfera yang menyelimuti Bumi turut mempengaruhi bagaimana setiap cahaya itu sampai ke penglihatan kita. Sebabnya cahaya matahari yang memasuki lapisan atmosfera akan melewati molekul, titik-titik air dan debu sehingga menyebabkan gelombang cahaya berselerakan.

 

Kita nampak matahari berwarna merah jingga semasa ia terbenam. Ia disebabkan partikel kecil di atmosfera telah menyelerakkan gelombang merah yang panjang.

 

Ketika posisi matahari berada di ufuk, cahayanya terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dalam lapisan atmosfera sebelum mata kita mampu melihatnya. Jika partikel dan debu banyak di udara, ini akan membuat saringan gelombang warna itu lebih besar sehingga langit dan matahari terlihat berwarna kemerahan.

 

Sama juga kenapa kita nampak matahari kekuningan dan kemerahan semasa ia terbit. Prinsip yang sama juga kenapa kita nampak langit berwana biru pada waktu siang dan matahari dicerap sebagai putih kekuningan di siang hari.

 

Paham ke idok?

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!