KALAULAH MEREKA MELIHAT WAJAHMU…

Suatu hari, Nabi Ibrahim a.s didatangi oleh malaikat maut, Izrail.

Lalu Ibrahim bertanya kepada Izrail apakah malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah malaikat maut yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk Allah itu.

“Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya,” jawab Izrail.

Apabila sudah mendapat keizinan, Ibrahim bertanya lagi, “Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah Allah dan berbuat zalim?”

Jawab Izrail, “Wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika.”

Lalu Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Ibrahim memandang kembali ke arah Izrail.

Seketika itu juga Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambutnya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.

Apabila melihat keadaan malaikat maut yang amat mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan. Setelah  sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.

Berkata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat wajahmu sebelum mereka mati, maka itu pun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!