KISAH 26 – SEMALAM DI RUMAH PAK GUARD

Karya : Mohd Ikmal Hanif

 

Kisah ini berlaku masa minggu balik asrama. Masa tu aku ikut pak guard balik rumah dia. Pak guard ni salah seorang daripada ahli darul syifa’. Rumah dia jauh dalam pendalaman kampung.

Untuk ke rumah dia, kau kena lalu kawasan kubur dan lorong kecil yang kiri kanannya dipenuhi pokok getah dan semak samun. Rumah dia terletak dalam kawasan ladang getah.

Rumahnya adalah rumah kampung jenis papan. Sederhana besar dan dipagari dawai kawat. Sampai je depan rumah, ada 2 buah pokok besar betul-betul di luar pagar rumah. Dah macam pintu gerbang.

Pak Guard tu tinggal berdua dengan isterinya di rumah tu. Anak-anaknya semua bekerja di KL.

Bila sampai di rumah tu, aku turun dari kereta. Isterinya keluar rumah pakai baju t-shirt bola MU sambil berkain batik. Perghh, budak-budak GGMU rupanya makcik ni.

Isteri dia sumpah baik gila. Aku baru jejak tangga rumah, bini dia dah hulurkan air kopi. Perghh, baru nak minum air kopi, bini dia dah hulur semangkuk bubur. Dah rasa macam anak raja weh. Disumbatnya aku macam-macam makanan.

Sambil lepak di depan rumah, pak guard tu bercerita yang rumah ni ialah rumah pusaka. Dia anak tunggal. So nak jual sayang sebab rumah ni dah turun temurun. Ada sentimental value dekat rumah tu.

Aku tanya, tak takut ke rumah dekat tengah-tengah ladang getah dan jauh dari jiran-jiran? Jiran terdekat pun dalam jarak 50meter.

Pak guard tu cakap, rumah dah ‘dipagar’. Pencuri, hantu semua tak boleh masuk jika bukan izin Allah. Aku lega. Fuuhhh, boleh rest weekend ni daripada benda-benda seram hanat ni.

Aku tanya lagi…

“Pokok godio tu depe umoh? Guano besar sgt?”
(translate: Pokok apa tu depan rumah? Kenapa besar sangat?)

Dia cakap yang tu pokok cengal. Makin besar pokok tu, makin mahal bila nak tebang. So tu macam sahamlah kut-kut something happen and perlukan duit, dia akan jual pokok tu.

Aku kagumlah dengan dia punya pemikiran. Selalu saham orang main dekat bank, main MLM, dia main saham dengan pokok cengal je wei… Legend kemain.

Dalam pukul 6.00 petang, aku masuk rumah. Bini dia tunjukkan bilik untuk aku. Selesalah bagi rumah kampung. Katil king size. Tingkap jenis boleh kopak macam iklan Adabi menghadap pokok cengal. Tapi tak berpintu. Cuma ada langsir polka dot je sebagai pemisah.

Lepas Maghrib, kami makan sama-sama. Lepas makan, pak guard cakap yang dia kena balik asrama sebab malam ni shift dia sampai pukul 8.00 pagi.

Aku terfikir, setiap hari pak guard tu shift malam, siapa yang teman bini dia? Rumah dah lah tengah ladang getah. Gelap. Rumah jiran pun jauh. Kesian bini dia nak membawang pun susah.

So lepas je bini dia bungkuskan bekal untuk suami, pak guard tu pun gerak ke asrama. Tinggal kami berdua. Aku tanya…

“Sokmo kalu pokcik gi kijo male, mokcik duk nga sapo?”
(Translate : Selalu kalau pakcik ada shift malam, makcik duduk dgn siapa?)

Dia jawab yang dia dah biasa duduk sorang. Kalau takut, dia mengaji Al-Quran. Aku terdiam. Tak sangka ada orang yang berani macam dia. Aku ni kalau takut, tahu jerit je.

Malam tu bosan sebab TV takde cerita best. Ada channel 1,2 dan 3 je. Dah puas tawaf channel dua tiga kali, aku pun masuk bilik dalam pukul 9.00. Bini dia tengah lipat baju dekat ruang tamu.

Lepas landing sambil berangan-angan dapat kahwin dengan artis popular, aku pun terlelap. Lama lepas tu aku terbangun sebab lampu tak tutup, so bilik tu jadi bahang. Tingkap bukak pun still panas.

Aku cari handphone, tengok jam dah pukul 3.00 pagi. Aku intai luar bilik, gelap. Senyap sunyi. Maybe makcik tu dah tidur. Then aku tutup lampu and baring balik untuk sambung tidur.

Pejam punya pejam, mata tak boleh lelap. Dalam 30 minit aku duk resah atas katil. Pusing kiri tak selesa, nak pusing kanan takut sebab ada tingkap. Badan dah berpeluh lencun sebab panas. Aku pun bangun, ingat nak ambik angin sejuk dekat beranda.

Aku bukak pintu rumah, SRRHHEEEeekkkkkkkk!!!

Angin sejuk menyapu muka. Aku duduk atas kaki pintu sambil pandang sekeliling. Gelap. dalam 50 meter nampak lampu luar rumah jiran terdekat.

Bunyi cengkerik dan bunyi daun bergesel antara satu sama lain menemani aku malam tu sambil main game snake xenzia. Tengah kusyuk duk kejar highscore, ular aku tergigit badan sendiri. Ceh, sikit lagi nak highscore. Aku decide masuk bilik. Baru bangun, tiba-tiba aku terbau benda wangi macam bunga kemuning. Bau dia manis dan harum.

Bau yang sangat kuat, macam orang baru lepas spray perfume flavour bunga dekat depan hidung. Aku tarik nafas dalam-dalam. Time tu aku fikir maybe ni bau udara kampung waktu-waktu macam ni. Tapi, aku salah. Rupa-rupanya itu adalah petanda bahawa ‘dia’ ada berdekatan.

Secepat bau tu datang, secepat tu jugak dia hilang. Bau wangi tadi tiba-tiba bertukar bau hamis. Bau hanyir. Bayangkan korang pergi pasar yang jual-jual ikan tu then kau tarik nafas panjang-panjang. Hah, macam tu lah lebih kurang baunya.

Aku cepat-cepat tutup pintu, kunci dan masuk bilik. Aku dah fikir bukan-bukan. Nak tutup pintu bilik, bilik ada langsir je. Aduuhh.. Time tu aku perasan yang tingkap bilik tak tutup. Adoi…

Aku seberang katil sebab nk tutup tingkap. Masa aku nak capai daun tingkap, mata aku ternampak something di sebelah pokok cengal. Berdiri kaku, bewarna putih. Badannya berbalut dengan kain putih tapi lusuh dengan kesan tanah kehitaman. Mukanya tak kelihatan tapi terlihat jelas susuk badannya yang terikat. Berbunjut. POCONG!

Aku terpaku. Tak boleh bergerak. Mata aku pandang je benda tu. Aku dalam keadaan sedar tak sedar. Nak bergerak, tak boleh. Lidah aku kelu.

Tiba-tiba benda tu hilang. Masa tu aku rasa mcm tertipu dengan cerita kat TV yang tunjuk bahawa pocong ni melompat. Actually dia tak lompat pun weh. Dia ZAAPPPP… hilang!

Entah macam mana aku dapat kekuatan untuk bergerak dan tutup tingkap. Terus aku tutup, kunci. Aku keluar bilik sebab nak pergi dekat makcik tu. Takut punya pasal, aku lari ke bilik dia yang terletak dekat dapur. Sampai depan bilik dia, aku ketuk pintu.

TOK! TOK! TOK!

Takde respond. Aku ketuk lagi.

TOOK! TOKK! TOOKK!

Aku dengar makcik tu bersuara…

“Sapo tu? Wakpo?”
(translate : Siapa tu? Kenapa?)

Aku cakaplah yang aku takut tidur sorang sebab tak sedap hati. Masa tu jugak tiba-tiba aku dengar ada bunyi anjing menyalak dari arah belakang rumah. Menyalak dia bukan main agresif dah macam K9 jumpa terrorist bawak bom. Aku panik. Dalam otak aku maybe anjing tu ternampak terrorist bawak bom atau dia nampak pocong tu main cikucak di balik pokok getah!

Then aku dengar makcik tu cakap dari dalam bilik…

“Tidurlah. Takdok gapo pung. Nati mokcik gi teme.”
(translate : Tidurlah. Tiada apa pun. Nanti makcik datang teman)

Aku dengan berat langkah, jalan semula ke bilik. Aku baring atas katil. Time tu macam-macam bunyi aku dengar. Bunyi anjing menyalak, bunyi kucing mengawan. Then aku sedar yang ada bunyi benda lain. Korang pernah dengar bunyi buah kelapa jatuh atas tanah? Yes, bunyi macam kelapa jatuh atas tanah tapi berulang kali.

DUP! DUP! DUP! DUP!

Aku fikir, tu bukan bunyi kelapa jatuh. Mana ada kelapa jatuh satu persatu banyak kali. Sah, tu benda lain. Bunyi benda melompat. Bunyi tu betul-betul dekat luar tingkap bilik aku. Hanya papan yang memisahkan aku dengan benda tu.

Bau hanyir dan busuk macam ikan lama menyengat ke dalam hidung. Aku tahan. Dalam hati macam-macam zikir aku baca. Aku tekup muka dengan bantal dan pastikan kaki tak melebihi katil sebab takut ‘dia’ datang kaut kaki!

Lebih kurang 10 minit benda tu jadi, lepas tu aku terdengar bunyi motor masuk ke halaman rumah diselangi bunyi bercakap-cakap. Serentak tu jugak bau-bau busuk dan bunyi melompat tadi hilang. Aku rasa selamat. Dalam otak aku fikir, maybe pak guard tu dah balik. Tapi jam baru pukul 5.00 pagi? Aku tak kisah. Aku terus keluar bilik dan bukak pintu rumah!

Bukak je pintu, aku terus terduduk atas lantai. Aku bersyukur pak guard tu balik. Tapi aku terkejut yang di belakang pak guard tu ada orang ikut dia turun moto.

Pak guard tu naik rumah dan tanya aku…

“Wak gapo duduk sini? Tok tido lagi?”
(translate : Buat apa duduk sini? Tak tidur lagi?)

Cuba teka siapa yang aku nampak dengan pak guard tu? It’s was her wife! Ya, bini dia naik motor dengan husband dia. Maksudnya, aku duduk dekat rumah tu seorang diri sepanjang malam!

Habis tu, suara siapa dekat bilik dia tadi? Suara siapa yang cakap akan datang teman aku tadi? Suara siapa yang suruh aku masuk tidur tadi?

Then otak aku macam terfikir, mungkin tu suara pocong tadi dan ‘dia’ tepati janji untuk teman aku tidur. Sepanjang malam dia melompat di sebelah aku yang hanya dipisahkan oleh dinding papan. Dia buat apa yang dia cakap.

Aku cerita benda ni dekat pak guard tu. Pak guard beritahu, dalam pukul 2.00 pagi, ada orang kampung kena sampuk. Pesakit tu perempuan sebab tu bini dia ikut sekali. Dia nak bagitahu aku tapi aku tidur macam mayat, so dia tak nak ganggu.

Then aku tanya, kalau rumah kena pagar, kenapa benda tu masih boleh ganggu?

Dia cakap yang hantu adalah syaitan. Rumah dipagar untuk menghalang syaitan. Tapi qarin di dalam badan yang melekat dengan kita sejak azali tidak boleh dipagar. Selagi qarin ni melekat dengan kita, selagi itu syaitan ni dapat collabrate dengan qarin untuk menjatuhkan iman kita.

What is qarin? DO SOME RESEARCH GUYS!

So maknanya pocong tadi tak masuk rumah. But qarin dalam badan kita ni yang buatkan kita fikir macam-macam sampaikan one point kita terdengar yang bukan-bukan. That time, syaitan pun ambik peluanglah.

Awal pagi itu, kami tidur bertiga di ruang tamu. Ke mana sahaja makcik or pak guard tu pergi, aku mesti ikut. Seram wei sebab pocong ni suka dengan orang yang suka menyendiri. Dia jenis 1 vs 1. Itu apa yang aku belajarlah.

Haa.. korang duduk sesorang ke tu?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!