KETAWA PUN ADA VIRUS!

Orang kata kalau ketawa tu sihat. Tapi pernah tak dengar ketawa juga boleh bawa penyakit? Betul. Tak tipu. Depa ni jenis ketawa tanpa sebab. Bukan yang jenis duk ‘balut’ tu. Kalau yang duk balut tu pun ketawa tak dak sebab jugak, ni ketawa sebab virus.

Image result for funny laugh gif

Tahun 1962 zaman dulu-dulu kala nuh, ada sebuah kampung di Kashasha di Tanganyika, Republik Tanzania, telah merebak wabak ‘mass psychogenic illness’ (MPI) yang menyebabkan beberapa orang tertawa tanpa henti. Mereka ketawa tanpa sebab yang munasabah dan fenomena itu terus berlanjutan selama beberapa hari. Depa ni jenis, tiba-tiba ja ketawa.

Wabak ni mula dikesan di kampung tu bila ada tiga orang murid perempuan tiba-tiba duk ketawa sampai keluaq ayaq mata. Tuuu dia aih. Tapi tak tahu sebab apa. Pada mulanya depa anggap biasa, tapi lama-kelamaan menjadi serius apabila wabak tersebut mula tersebar dan menyebabkan lebih ramai yang ketawa.

Lepaih tu pihak sekolah kuarantin la depa bertiga ni. Nak cari apa punca masalah. Ingat kan cara tu berjaya, tapi tak jadi jugak. Selepas seminggu 95 orang pelajar lain pulak yang kena. Habis depa duk ketawa. Riuh satu sekolah.

Bila depa rasa kaedah kuarantin yang digunakan tidak mampu menghalang penularan wabak ketawa yang misteri ni, keadaan mula meruncing hingga memaksa pihak pengurusan menutup sekolah berkenaan selama tiga hari bagi mengelakkannya daripada terus menjangkiti pelajar lain.

Lepas tutup sekolah, ingat kan semua settle la, tapi tak lagi. Lepas pada tu, 57 orang lagi kena virus gelak ni. Depa ni terus-menerus ketawa terbahak-bahak. Serangan gelak ni akan berlaku antara 10 hingga 15 minit dan dalam masa sejam, ia akan berulang antara empat hingga lima kali. Lepas habis gelak, badan mereka mulai penat. Masa tidoq pun depa boleh gelak tiba-tiba. Kes tu berlarutan selama 16 hari.

Tapi virus gelak ni hanya tekena kepala pelajar perempuan yang baru menginjak ke usia belasan tahun sahaja. Dengan kata lain, virus ni akan terkena pada anak-anak dara sahaja dan ia boleh berjangkit.

Lepas depa tak boleh buat apa-apa, depa suruh budak yang kena kuarantin ni balik rumah. Tapi virus itu makin merebak. Sebelum ni hanya disekolah tapi kali ni virus ni tular ke seluruh desa sebelah pula yang bernama Nshamba.

Kebanyakan yang dijangkiti masih lagi golongan yang sama iaitu gadis-gadis belasan tahun yang masih bersekolah. Sekurang-kurangnya 250 orang daripada hampir 10,000 warga Nshamba telah dijangkiti penyakit ketawa.

Wabak ini seterusnya merebak ke sekolah menengah perempuan Ramasheyne yang terletak di pinggiran Bukoba. Ia merupakan satu kawasan penempatan yang turut dihuni oleh murid-murid sekolah rendah Kashasha. Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku, sekolah tersebut juga ditutup apabila separuh daripada 154 jumlah pelajarnya turut dijangkiti sindrom ketawa ini.

Serangan yang paling jauh berlaku ialah di perkampungan Kanyangereka yang terletak 20 batu daripada Bukoba. Salah seorang daripada gadis Ramasheyne disyaki menjadi pembawa utama wabak berkenaan ke desa itu.

Lama juga virus tu merebak. Selama tiga bulan virus tu duk serang dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan ia akan mereda. Malah, pesakit-pesakit yang galak ketawa menjadi bertambah ramai. Dianggarkan lebih daripada 1,000 orang yang menetap di sekitar danau Victoria dan sekitar sempadan Uganda terus menghadapi masalah itu.

Bagi mengelakkannya daripada terus merebak dan menyerang ke kawasan lain pula, pihak berkuasa telah mengarahkan 14 buah sekolah di kawasan itu ditutup serta menjalankan perintah berkurung kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Kerajaan Tanzania kemudiannya telah menghantar bekalan makanan dan segala keperluan lain untuk mengurangkan aktiviti sosial penduduk di kawasan berkenaan. Ia dilihat menjadi cara terbaik bagi mengekang wabak ini dari terus tersebar ke merata tempat. Ternyata tindakan yang dilakukan itu adalah tepat dan wabak ketawa ini akhirnya mereda dengan sendirinya.

Hangpa nak tau kenapa wabak ni berlaku?

Para pengkaji cuba untuk mencari penjelasan mengenai perkara ini daripada pelbagai sudut. Mereka melakukan analisa sumber gas beracun atau virus dalam darah yang berkemungkinan menyebabkan perkara ini, tetapi kedua-duanya didapati tidak ada kaitan.

Selama beberapa hari kajian dijalankan, pengkaji-pengkaji masih tidak menemui sebarang penjelasan dan wabak tersebut terus kekal misteri sehingga kini.

Cheq sendiri pun sampai sekarang tak tau sebab apa jadi lagu tu.Tapi cheq takut jugak la virus ni. time makan, tidoq, memandu, asyik ketawa saja. Haii…seriau cheq!