KERABU KERANG MERECIK WOOO…

Bahan-Bahan:

  • 150 gram isi kerang yang telah direbus
  • ½ biji tomato (buang biji & potong dadu kecil)
  • 1 tangkai cili merah (hiris)
  • 4 tangkai cili padi (hiris)
  • ½ biji bawang besar (hiris)
  • 1 batang serai (hiris)
  • Sedikit daun kesum (hiris)
  • Sedikit bunga kantan (hiris)
  • Sedikit mangga muda (hiris)
  • Sedikit lobak merah (hiris)
  • Sedikit dadu cili benggala (hiris)
  • ½ sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya saja)
  • Garam dan gula secukupnya

 

Cara Membuat:

  1. Campurkan isi kerang bersama bahan hirisan lain.
  2. Masukkan pula sos kerabu (garam, gula dan jus limau nipis), gaul rata.
  3. Setelah cukup rasa, hidangkan.

 

Tips untuk bersihkan kerang

Kerang memang sedap dimakan. Namun yang lecehnya ketika mahu membersihkan kerang terutama kulitnya yang hitam dan penuh kotoran. Ini tips yang korang boleh cuba untuk bersihkan kerang.

  1. Di dalam besen yang sudah berisi kerang, masukkan hampas kelapa dan sedikit air. Gaulkan kerang selama beberapa minit. Hampas kelapa akan membantu menanggalkan kotoran pada kulit kerang. Setelah itu barulah kerang itu dibilas bersih.
  2. Sediakan beberapa batang serai. Potong dan tumbuk kasar sahaja. Masukkan serai tadi ke dalam besen berisi kerang bersama sedikit air. Gaul kerang bersama serai tersebut dan biarkan seketika sebelum dibilas bersih.
  3. Ambil pelepah pisang dan hiris nipis-nipis. Campurkan bersama kerang dan sedikit air. Gaul dan ramaskan kerang bersama pelepah pisang tersebut hingga menanggalkan kotoran pada kulit kerang sebelum dibilas bersih.