KENAPA TIKUS DAN KUCING BERMUSUH?

Tahu tak, kenapa 12 haiwan yang tersenarai dalam kalendar masyarakat Cina hanya ada  TIKUS, LEMBU, HARIMAU, ARNAB, NAGA, ULAR, KUDA, KAMBING, MONYET, AYAM, ANJING dan KHINZIR? Mengapa tiada zirafah, badak, burung atau haiwan-haiwan lain? Dan kenapa TIKUS berada pada tangga pertama? Begini kisahya…

 

Pada suatu hari, telah diadakan satu pertandingan untuk memutuskan siapa haiwan paling pantas mampu menyeberangi sebuah sungai. Semua haiwan di alam ini dijemput untuk menyertai pertandingan itu.

 

12 haiwan pertama yang berjaya menyeberangi sungai itu akan dianggap pemenang dan namanya akan disenaraikan dalam kalendar yang akan digunakan manusia di seluruh dunia.

 

Maka banyaklah haiwan-haiwan yang turut serta dalam pertandingan itu. Antaranya si tikus dan juga kucing. Mereka berjanji akan sama-sama masuk pertandingan. Tapi masa hari pertandingan, si tikus buat taktik kotor, sengaja tidak mengejutkan kucing dan pergi seorang diri. Terlepas la si kucing nak menyertainya.

 

Tikus ni cerdik. Dia tahu dia kecik, mana mungkin hendak bersaing dengan macam2 haiwan yang bertubuh besar dan lebih hebat darinya. Jadi, semasa pertandingan bermula dan semua haiwan terjun ke dalam sungai, si tikus terus melompat ke atas badan lembu.

 

Dia bertenggek je atas badan lembu tu dan bila hendak sampai ke seberang, si tikus terus melompat ke tebing, menjadikan ia haiwan pertama yang berjaya sampai ke seberang sungai.

 

Sebab itulah nama TIKUS menjadi nama haiwan pertama dalam permulaan kalendar Cina. Kalau tidak, sepatutnya nama LEMBU yang pertama sampai. Tapi, sebab kecerdikan tikus, dia yang muncul juara. Satu demi satu haiwan sampai dan dicatatkan turutan pemenangnya sehinggalah haiwan ke 12, atau yang terakhir, iaitu si KHINZIIR. Sebab itu kalendar ini bermula dengan tahun TIKUS dan berakhir dengan tahun KHINZIR. Dan hanya 12 haiwan terawal saja yang tercatat namanya.

 

Begitulah kisah hikayat atau mitos permulaan kalendar masyarakat Cina.

 

Dan kononnya sebab perangai penipu si tikus, kedua haiwan ini yang sebelum itu bersahabat baik, akhirnya menjadi musuh, macam yang kita lihat sekarang. Kalau orang suka bertengkar selalu dikatakan perumpamaannya bagai tikus dengan kucing.

 

Dalam astrologi masyarakat Cina, kitaran 12 tahunnya terdiri daripada 12 ekor haiwan yang setiap satu melambangkan personaliti yang berbeza. Ia bermula dengan TIKUS, LEMBU, HARIMAU, ARNAB, NAGA, ULAR, KUDA, KAMBING, MONYET, AYAM, ANJING dan KHINZIR.

 

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, zodiak ini memberi pengaruh dalam kehidupan mereka di masa depan. Kerana itu jika hendak berkahwin, menjadi satu tradisi mereka mendapatkan pandangan pakar zodiak ini untuk melihat keberuntungan atau mengelakkan sebarang perkara yang tidak elok di masa akan datang.

 

Tahun ini, masyarakat Cina menyambut tahun baru, zodiak Khinzir. Tahun Khinzir adalah unsur AIR. Mereka yang lahir tahun ini bersifat sederhana, jujur, berani, cintakan kedamaian, penyabar, prihatin, cerdik dan seorang yang bertimbangrasa. Namun sisi negatif mereka pula adalah terlalu naïf dan banyak bergantung kepada orang lain, agak materialistik dan suka mengikut nafsu.

 

 

#xmastika

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!