‘FINAL DESTINATION’ – BILA MAUT MENGEJAR MEREKA

Korang pernah tonton filem ‘Final Destination’? Macam mana nak elak sekalipun, maut tetap mengejar mereka dan tak akan berhenti selagi mangsa tidak mati.

Itu dalam filem, namun kisah yang bercorak demikian juga banyak berlaku dalam kehidupan sebenar. Antaranya…

 

  • 13 Disember 1977, pasukan bola keranjang sebuah universiti di Indiana, Amerika Syarikat menaiki sebuah penerbangan untuk menghadiri satu perlawanan. Baru saja berlepas di udara, pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas dan meragut 29 nyawa. Semua ahli pasukan bola keranjang itu turut terkorban, kecuali seorang iaitu David Furr yang terselamat kerana tertinggal penerbangan tersebut. Tapi, 2 minggu kemudian, David juga menemui ajal setelah terlibat dalam kemalangan apabila dilanggar oleh pemandu lori yang mabuk.

 

  • Pagi Sabtu, 6 Julai 2013. Pesawat Boeing 777-200ER berlepas dari lapangan terbang Incheon, Korea Selatan, membawa 307 orang penumpang menuju ke San Francisco. Ye Meng Yuan, pelajar beruia 16 tahun dari China turut berada dalam pesawat tersebut bersama rakan-rakan sekolahnya untuk menghadiri program perkhemahan musim panas selama 15 hari di California. Semasa hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, pesawat itu terhempas dan terbakar. Meng Yuan tercampak dari pesawat yang sedang terbakar dan tergolek di atas landasan. Koroner yang datang memeriksanya mengesahkan Meng Yuan masih hidup. Tapi, tidak lama. Ketika keadaan sedang huru hara di lokasi kejadian, sebuah truk pemadam kebakaran tiba untuk memadamkan api yang sedang menjilat pesawat. Namun, truk itu tidak perasan Meng Yuan yang tergolek di atas jalan lalu tanpa sengaja melanggar gadis itu menyebabkan Meng Yuan mati di tempat kejadian.

 

  • 20 Julai 2012, tayangan perdana filem Batman – The Dark Night Rises di sebuah panggung wayang di Colorado, Amerika. Baru 15 minit filem itu ditayangkan, muncul serang lelaki bertopeng dengan pistol lalu melepaskan tembakan rawak kepada penonton di dalam panggung. Lebih 70 orang cedera dalam insiden itu, 12 daripadanya meninggal dunia. Salah seorang yang terkorban ialah pengulas sukan, Jessica Redfield. Sebulan sebelum terkorban, gadis ini terselamat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Toronto. Waktu itu dia sedang makan apabila seorang lelaki masuk dan melepaskan tembakan.

 

  • Semasa bangunan berkembar World Trade Center di New York runtuh pada 11 September 2001, Hilda Yolanda berjaya menyelamatkan diri. Namun, wanita berusia 26 tahun ini tetap tidak bertuah. Dua bulan kemudian, dia terkorban dalam pesawat yang terhempas dan mengorbankan semua penumpang, termasuk Hilda.

 

  • Awal pagi 27 Januari 2013, berlaku letupan di sebuah kelab malam di Santa Maria, Brazil, ketika ratusan pengunjung sedang berpesta. Insiden itu mengorbankan 242 nyawa dan lebih 600 orang cedera. Jessica de Lima Rohl, 21, berasa lega kerana dia sepatutnya datang ke kelab itu, namun membatalkannya di saat akhir. Tapi, maut tetap mencarinya. Lima hari selepas insiden kelab malam itu, Jessica dan teman lelakinya terkorban apabila kereta yang mereka naiki dilanggar sebuah trak.

 

  • Pada 1 Jun 2009, warga Itali, Johanna Ganthaler dan suaminya, Kurt sepatutnya menaiki satu penerbangan dari Brazil menuju ke Paris. Namun, pasangan suami isteri itu terlambat tiba menyebabkan mereka tertinggal penerbangan itu. Nasib mereka baik kerana pesawat yang sepatutnya mereka naiki terhempas di lautan Atlantik, mengorbankan kesemua penumpang berjumlah 228 orang. Dua minggu kemudian, pasangan ini melancong ke Austria. Semasa memandu di daerah Kufstein, kereta mereka terbabas masuk ke arah bertentangan dan dirempuh sebuah trak. Kemalangan itu meragut nyawa Johanna manakala suaminya luka parah.

 

  • Pada tahun 2007, Elzie Bud Warren,70, dan anak perempuannya, Phyllis Jean Ridings,52, menerbangkan sebuah pesawat kecil buatan sendiri. Mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan apabila enjin pesawat itu terbakar dan hampir meragut nyawa mereka. Empat tahun kemudian pada Mei 2011, dua beranak itu melakukan penerbangan untuk sebuah pertunjukan udara di Temple, Texas. Baru beberapa minit berlepas, pesawat mereka terhempas dan meletup di kawasan hutan yang mengorbankan kedua-dua beranak itu.

 

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!