DAMASCUS – PEDANG PALING TAJAM DI MUKA BUMI

Sebelum meriam, pistol dan senapang menjadi teman manusia, pedang adalah senjata yang digunakan sejak zaman berzaman oleh pahlawan terdahulu. Ketika itu, memiliki pedang diibaratkan seperti memiliki maruah bagi seorang lelaki.

Ny4wa seorang kesateria zaman silam lebih banyak bergantung pada mata pedang dan senjata ini menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada zaman itu. Pedang yang kuat dan tajam akan sentiasa menjadi rebutan kerana ia adalah penentu hidup m4ti seorang pahlawan perang.

Ketika berlangsungnya P3rang Salib, pasukan tentera Eropah telah dikejutkan dengan kehebatan pedang yang dimiliki oleh pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayubi. Pedang tersebut bukan sahaja mampu menembusi baju zirah tentera Salib, bahkan berupaya mem0tong pedang pihak musuh. Inilah pedang Damascus, senjata legenda yang dikisahkan sebagai pedang paling tajam dan sempurna di dunia.

Salahudin Al Ayubi.

Ia diakui sendiri oleh kebanyakan pakar metalurgi dunia sebagai pedang paling tajam di muka bumi. Antara ilmuwan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan dan Sains Bahan, Iowa States University Amerika Syarikat, Profesor John D. Verhoeven. Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan pada edisi Januari 2001.

Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika P3rang Salib Ketiga sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jeruusalem daripada cengkaman pihak Kristian selama hampir seratus tahun lamanya.

Dikatakan, salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika p3rtempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan hanya sekali libasan. Ia berupaya untuk menembusi baju zirah, mem0tong pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya.

Pedang ini dianggap lebih hebat daripada pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Bahkan, ketajamannya turut ditafsirkan mampu untuk membelah sutera mahupun rambut ketika di udara.

Secara fizikalnya, pedang Damascus ini nipis dan boleh lentur dengan sedikit bengkok di bahagian hujungnya. Seni pembuatannya begitu halus dan pada permukaan bilah terdapat corak alunan mengufuk yang dipercayai menjadikan pedang tersebut benar-benar kukuh dan tajam.

Pedang buatan Damsyik yang turut dikenali sebagai pedang Persia ini telah membuatkan peradaban Barat ketika itu kagum. Mereka cuba mencari apakah rahsia di sebalik kehebatan pedang Damascus.

Setelah beberapa siri kajian dilakukan, mereka percaya bahawa pedang ini dihasilkan daripada material istimewa yang diimport khas dari India sehingga membuatkan ia benar-benar kuat dan tajam. Bagaimanapun, teknik pembuatannya begitu rahsia dan hanya beberapa orang sahaja tukang besi di Damsyik yang mampu menghasilkan pedang Damascus.

Menjelang kurun ke-21, pedang ini terus tercatat sebagai salah satu senjata legenda zaman silam. Disebabkan status legenda itu sendiri, ramai pengkaji moden telah tampil untuk meneliti sendiri sejauh mana keistimewaan pedang ini.

Pada tahun 2006, kehebatan pedang Damascus telah dibongkar oleh Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya dari Universiti Teknikal Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al Ayyubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan Salib. Tiub karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam ini sangat istimewa, sangat tajam tetapi mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal saintifik Nature pada tahun yang sama.

Menurut Dr. Peter Paufler, kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak kepada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon yang memberikannya sifat rapuh.

Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, yakni tajam dan lentur.

Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap menginjak kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi. Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas penting kepada permulaan sains bahan moden. Pertama, campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan kedua, teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan sebilah pedang.

Bagaimanapun, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, mata tombak dan pisau buatan Damsyik yang kini sekadar menjadi bahan pameran muzium di seluruh dunia.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
xmastika.my
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!