COME ON…34 MINIT JE SEHARI

Berapa lama korang ambil masa bersolat? Macam ni, kita buat secara anggaran kasar saja ya. Katakan untuk setiap rakaat, kita anggarkan selama 2 minit.

Dalam sehari, kita wajib solat untuk lima waktu. So, berapa rakaat jumlah semuanya? Huh, berkerut-kerut kening mengira ya. Semuanya ada 17 rakaat (2 rakaat Subuh, 4 rakaat Zohor, 4 rakaat Asar, 3 rakaat Maghrib dan 4 rakaat Isyak).

Sekarang, 17 rakaat tu darab dengan 2 minit tadi (17 darab 2). Jawabnya, 34 minit. Bermakna secara purata hanya 34 minit yang kita perlukan daripada 24 jam sehari untuk mengadap Tuhan.

Cuba tukar 24 jam tu kepada minit? Huh, berpinar lagi kepala ya. 24 jam ditukar ke minit, jadinya 1,440 minit. Dan 34 minit yang kita perlukan untuk mengadap Tuhan tu hanyalah 2.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 1440 minit tersebut.

Cuma 2.4 peratus waktu daripada keseluruhan waktu yang perlu kita peruntukkan untuk bertemu denganNya dalam sehari. Eleh, korang bergayut dengan awek/boipren pun lagi lama daripada tu.

Ok, mari kita lihat dalam julat mingguan pula. Seminggu ada 7 hari. Jika sehari kita perlukan 34 minit untuk solat, darabkan 34 minit itu dengan 7 hari (34 x 7). Jawabnya, 238 minit. Laaa…cuma 238 minit untuk seminggu. Waktu korang pergi dating, mengopi, membawang dan shopping pun lebih banyak daripada tu dalam seminggu kan kan kan?

Sekarang, kita cuba darabkan jumlah itu dengan sebulan pula. Dalam sebulan ada 4 minggu. Jadi, 238 minit darab 4 jawabnya? Ya! 952 minit sebulan. Itulah jumlah minit yang anda perlukan sebulan untuk menyembahkan diri pada sang Pencipta.  Kalau tukar ke jam, lebih kurang hampir 16 jam sebulan.

Itu baru sebulan. Jika setahun?

Dalam setahun ada 12 bulan. Darabkan 952 minit tadi dengan 12. Jawabnya? Betul, 11,424 minit untuk setahun.

Cuba tukarkan jumlah minit itu kepada jam pula? Baru 190.4 jam setahun! Dan tukarkan pula kepada julat hari?

190.4 jam apabila ditukarkan kepada bilangan hari, ia menjadi 7.93 hari. Atau dalam bahasa lebih mudah, kita cuma perlukan lebih kurang seminggu dalam masa setahun untuk sujud kepadaNya. Duduk kedai kopi membawang pun berganda-ganda lebih lama dari tu kan…

 

#XMASTIKA