BANGGALAH KALAU HIDUNG BESAR

Korang malu ada hidung kembang dan besar? Hidung mancung dan kecil lebih sempurna?

Tunggu, sebelum korang sibuk nak mancungkan hidung, atau nak buat pembedahan kecilkan hidung ubah ciptaan Tuhan, baca ni dulu….

Kajian mendapati, hidung besar memberi lebih perlidungan kepada pemiliknya daripada penyakit. Ini kerana hidung besar mampu menghirup kurang 6.5 peratus zarah atau bahan tercemar jika dibandingkan mereka yang berhidung kecil.

Bentuk hidung yang besar berfungsi sebagai benteng untuk menyaring bakteria dan virus sekaligus mengurangkan risiko terkena jangkitan kepada pemiliknya. Semakin besar ukuran hidung, debu dan partikel udara pembawa virus penyakit makin sulit untuk masuk ke dalam tubuh.

Dalam penyelidikan itu, keputusan ujian menunjukkan hidung besar memberikan perlindungan lebih baik dan membolehkan pemiliknya terhindar daripada debu dan pelbagai pencemaran. Penemuan positif daripada penyelidikan ini telah diterbitkan dalam jurnal ‘Annal of Occupational Hygiene’.

Dari sudut anatomi, saiz hidung sama ada mancung atau tidak, ditentukan oleh tulang rawan (nasal cartilage) dan dibentuk oleh tulang hidung (nasal bone). Organ ini berfungsi sebagai alat untuk mencium bau, menghirup udara dan menyaring udara. Debu dan mikroorganisma daripada udara yang disedut kemudian ditapis oleh bulu hidung, lalu diperangkap oleh selaput membran mukus.

Dalam lapisan membran mukus pula terdapat tisu epitelium. Tisu ini terdiri daripada sel yang berlapis-lapis seperti silia dan goblet yang berperanan dalam menghasilkan mukus atau cecair berlendir, dan menolak lendir yang terhasil tadi ke mulut dan diluahkan menjadi ludah.

Apabila hidung seseorang itu besar, jumlah sel silia dan sel goblet juga akan bertambah. Bermakna kemampuan sebagai penghalang dalam mengurangkan risiko terkena infeksi juga semakin tinggi. Ini kerana, bendasing yang terperangkap dalam mukus atau lendir tidak akan turun ke farinks, trakea dan terus ke paru-paru. Sebaliknya, cecair tersebut ditolak balik oleh rerambut silia dari tekak ke bahagian atas. Lalu ia keluarkan sama ada dalam bentuk hingus atau ludah.

Penemuan ini tentunya menjadi khabar baik bagi mereka yang berhidung besar. Justeru, bermula dari saat ini anda yang memiliki hidung besar tidak perlu lagi berasa rendah diri atau berkecil hati. Tuhan telah menciptakan seseorang itu sebaik-baik kejadian. Bukan hanya untuk kecantikan semata, tetapi juga penting untuk kesihatan anda.

TAHUKAH ANDA?

  • Hidung orang Eropah lebih besar kerana mereka hidup dalam cuaca sejuk dan berbentuk seperti paruh memudahkan mereka bernafas.

 

  • Mitos kononnya mereka yang memiliki hidung besar dikatakan bijak. Hakikat faktanya, berhidung besar dapat menyedut lebih banyak oksigen menjadikan mereka kurang letih dan lebih konsentrasi. Ia tidak ada kena mengena dengan kebijaksanaan seseorang kerana bijak bukan diukur pada saiz hidung.

 

  • Pertandingan hidung terbesar di dunia telah berlangsung di Jerman. Tujuannya bagi mencari wajah yang memiliki hidung ‘raksasa’. Mehmet Ozyurek merupakan lelaki Turki yang dicatatkan sebagai hidung terbesar di dunia pada tahun 2005 dengan rekod 8.8 sentimeter (cm). Hujung hidungnya saja berukuran 3.5 cm.

 

#xmastika