BAHANA ‘THE MATRIX’

Siapa suka rantaian filem ‘The Matrix’ yang mula ditayangkan pada 1999?

Watak Neo lakonan Keanu Reeves memang tampak cool, dan jugak mampu memberi inspirasi. Betul. Tak percaya, teruskan baca…

Tahun 1999, Eric Harris dan Dylan Keybold telah membunuh 13 orang pelajar dan mencederakan 24 yang lain dalam serangan di sekolah tinggi Columbine di Amerika.

Dalam serangan itu, Eric dan Keybold memakai jaket hitam labuh seperti watak Neo. Keduanya membunuh diri dalam perpustakaan sekolah setelah membunuh mangsa dengan kejam.

Lain pula dengan kisah penjenayah bernama Lee Boyd Malvo yang ditangkap pada 2002. Dia merupakan penonton tegar filem The Matrix. Sewaktu dalam penjara, Malvo membuat banyak catatan tentang filem ini termasuk satu nota berbentuk rayuan agar semua orang membebaskan diri daripada filem ini. Malah, dia menyarankan pihak FBI menonton filem itu bagi mengetahui bagaimana cara dia berfikir sebagai salah satu cara membantu siasatan kesnya.

Di San Fransisco pula, seorang pemuda, Vadim Mieseges, 27, telah membunuh dan mengerat badan tuan rumahnya pada tahun 2003. Dia mengaku mensiat tubuh tuan rumah itu sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah kerana mengesan ‘kuasa jahat’ dalam badan wanita itu. Dalam keterangannya, Vadim mengatakan bahawa dia telah ‘diserap’ masuk ke dalam The Matrix. Namun, pemuda ini terselamat dari hukuman bila disahkan menghidap masalah mental.

Di Virginia, seorang remaja berusia 19 tahun, Joe Cook mendakwa dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya dengan menembak mereka.

Yang menariknya, Joe berpakaian seperti Neo sewaktu melakukan pembunuhan ini. Senjata pembunuhan yang digunakan juga seakan sama seperti senjata yang digunakan oleh Neo dalam filem tersebut.

Kan dah kata, watak Neo tu sumber inspirasi…he he he