6 PERKARA HARUS DISEGERAKAN

Kita dianjurkan supaya sentiasa bertenang dan tidak tergesa-gesa. Sabda Nabi s.a.w, “Ketenangan itu datangnya daripada Allah s.w.t dan tergesa-gesa itu datangnya daripada syaitan.”

Namun, ada 6 perkara yang boleh disegerakan berdasarkan ayat al-Quran dan hadis.

Firman Allah s.w.t, “Mereka itu bersegera untuk memperoleh kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera mendapatkannya.” (al-Mukminun: 61)

Dan  bersegeralah kamu untuk mendapatkan ampunan daripada Tuhanmu dan untuk mendapatkan syurga….” (Ali Imran: 133)

Manakala disebut di dalam hadis, daripada Ali r.a daripada Nabis. sa.w, Baginda bersabda, “Hai Ali, ada tiga perkara yang jangan sampai kamu menundanya, iaitu solat jika sampai waktunya, mengurus jenazah jika hadis, dan menikahkan seorang janda jika dipinang oleh seorang yang kufulayak.”

 

Jadi, apa 6 perkara yang harus disegerakan itu?

  1. Solat, bila masuk waktu.
  2. Melakukan kebajikan dan amal salih.
  3. Bertaubat atau mendapatkan keampunan daripada Allah s.w.t.
  4. Menguruskan jenazah.
  5. Menikahkan gadis atau janda.
  6. Membayar hutang.

 

  • Yang nombor 5 tu sila hadam betul-betul, jangan pulak korang pergi carik gadis dan janda pastu jabat tangan tok kadi buat kali kedua, ketiga atau keempat. Kalau lesung batu sampai kat kepala, tanggung sendiri haaa…
  • Yang last sekali tu, yang tu memang ramai makhluk yang bukan saja melambat-lambatkan malah buat tak tau pulak dia ya. Hoiii, hutang kasi bayarlah!

 

#xmastika